Hubungi Wisma Putra Untuk Perkembangan Terkini Di Nepal - Berita Semasa | mStar

Hubungi Wisma Putra Untuk Perkembangan Terkini Di Nepal

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini rakyat Malaysia, berikutan gempa bumi kuat di Nepal.

Nombor telefon yang boleh dihubungi ialah 03-8000 8000 semasa waktu pejabat.

Jurucakap bilik operasi Wisma Putra berkata: "Kami sedang mengesan jumlah rakyat Malaysia yang berada di Nepal dengan menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal.

"Kami akan melaporkan perkembangan terkini," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Media dan agensi berita antarabangsa melaporkan angka kematian kini sudah melebihi 1,800 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) Sabtu.

Setakat semalam, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, dilaporkan selamat.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Nepal , gempa bumi , Wisma Putra
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan