Malaysia Akan Hantar Bantuan SMART Dan Perubatan Ke Nepal - Najib

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 9:36 PM

Anggota penyelamat mencari mang-mangsa yang tertimbus akibat gemba bumi yang melanda Bhaktapur berdekatan dengan Kathmandu pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pegawai perubatan bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda Nepal pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasukan SMART terdiri daripada 30 anggota dan 20 doktor perubatan daripada MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia akan dihantar dalam masa sesingkat mungkin.

Kesemua anggota pasukan berkenaan akan dilengkapkan dengan peralatan dan bekalan perubatan dan mereka akan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), katanya dalam kiriman terbaru dalam blognya, NajibRazak.com., pada Ahad.

Beliau berkata pesawat TUDM itu kemudian akan menunggu di negara itu bagi membawa pulang semua rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah bencana itu.

Najib berkata kerajaan Malaysia sedar usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan di Nepal ekoran kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal dan bahagian utara India.

"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada semua yang kehilangan keluarga dan rakan mereka dalam kejadian gempa bumi itu.

Malaysia akan terus menyediakan semua bantuan yang mungkin ke Nepal dalam menangani bencana ini,"katanya.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu telah mengorbankan 2,150 orang termasuk 17 pendaki Gunung Everest.

Tags / Kata Kunci: SMART , Nepal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan