Saya Sokong Najib Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Bapanya - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 4:07 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau melobi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi perdana menteri kerana berterima kasih kepada bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, beliau kini terkilan menyokong Najib yang tidak mampu memberi penjelasan mengenai beberapa isu termasuk kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata, beliau melihat Tun Abdul Razak sebagai mentor dan idolanya tetapi beliau tidak boleh terlepas pandang terhadap kesilapan Najib.

Beliau berkata, Tun Abdul Razak yang merupakan perdana menteri kedua membawanya ke kabinet pada 1974.

"Kemudian saya menjadi timbalan perdana menteri dan perdana menteri. Saya amat berterima kasih kepada beliau (Tun Abdul Razak)," kata Dr Mahathir pada forum di K-Klub di Taman Melawati pada Sabtu.

Dr Mahathir berkata, beliau telah berusaha dan berjaya untuk membantu Najib sebagai penghargaannya kepada Tun Abdul Razak tetapi beliau tidak tahu apakah yang silap.

"Saya mahu membantu bukan menganiaya anak-anak Tun Abdul Razak," katanya.

Dr Mahathir berkata, Najib tidak mampu untuk memberi penjelasan mengenai baki wang pinjaman 1MDB berjumlah berbilion ringgit.

Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Umno dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Najib terus menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata, tidak terlalu lewat buat BN kerana masih ada dua setengah tahun lagi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berikrar untuk membantu BN mendapatkan semula sokongan rakyat sekiranya Najib meletakkan jawatan.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Dr Mahathir Mohamad , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan