Muhyiddin Gariskan Dua Prinsip Untuk Pandu Asean Ke Depan

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:05 PM

Muhyiddin melancarkan syiling sempena Sidang Kemuncak Asean sambil disaksikan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk membawa Asean ke depan, ia perlu berpandukan dua prinsip - satu daripadanya adalah perlu bergerak ke arah menjadi pertubuhan unggul yang berasaskan peraturan.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini akan membolehkan perkumpulan 10 negara ini bergantung kepada objektif penggunaan peraturan, norma dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang sesuai dengan sistem undang-undang antarabangsa.

"Piagam Asean diterima pakai pada 2008 merupakan langkah besar pertama kami ke arah ini. Terdapat lebih banyak langkah untuk diambil," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bagi meraikan Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi Asean bersempena Sidang Kemuncak Asean ke-26 selama dua hari bermula esok.

Muhyiddin mengambil perhatian bahawa Asean tidak akan menuntut bagi "satu formula sesuai untuk semua" dalam melangkah ke depan.

"Begitu juga, kami tidak akan menuntut bagi kesamaan atau sebuah kerajaan Asean yang supranasional.

"Sebaliknya, kita meraikan perbezaan kita, yakin akan sumbangannya dan dalam memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita," katanya.

Berhubung prinsip kedua yang menyentuh tentang kepusatan Asean, Muhyiddin  berkata perkumpulan 10 negara anggota ini boleh berbangga dengan pelbagai pencapaiannya, dan peningkatan pengaruhnya yang tidak dapat dinafikan.

Disebalik semua itu, beliau mengingatkan audien tentang perlunya Asean untuk memantapkan daya tahannya dan meningkatkan keberkesanannya sebagai sebuah pertubuhan.

"Perubahan geo-politik di rantau ini dalam juga di dunia adalah satu realiti dan ia dapat dirasai oleh semua. Ia bergantung kepada bagaimana kita respons kepada perubahan itu yang akan menentukan masa depan kita," katanya.

Muhyiddin mengambil perhatian bahawa Malaysia mengambil tanggungjawab sebagai pengerusi Asean 2015 secara serius, sambil mengingatkan bahawa ia hanya boleh dijayakan menerusi usaha bersama dan kerjasama rapat dalam kalangan negara anggota.

"Paling penting, kita perlu mendukung semangat Asean," katanya yang merujuk kepada tugas membangunkan Visi Asean pasca 2015.

"Ia akan menjadi pelan induk serantau kita untuk 10 tahun akan datang dan menetapkan rentak pembangunan selepas tempoh itu. Saya percaya usaha bagi tujuan itu sedang giat dilakukan," katanya.

Asean dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Mengenai cadangan untuk mewujudkan zon waktu seragam di semua ibu negara  Asean, Muhyiddin berkata, Malaysia percaya kini merupakan masa tepat untuk melaksanakan inisiatif itu.

Beliau berkata, langkah itu akan memberi faedah kepada semua pasaran di rantau ini, dari segi keuntungan kewangan.

Pemupukan "perasaan kita" dalam kalangan penduduk ASEAN akan membawa kepada pemantapan perpaduan, peningkatan pelancongan, dan menyumbang secara signifikan terhadap kesepaduan serantau, katanya.

"Lagipun, kita patut memanfaatkan kelebihan lokasi kita yang dekat - dan tidak lama lagi dengan ekonomi-perdana dunia menerusi zon waktu ini," kata Muhyiddin yang merujuk kepada kuasa ekonomi China.

Namun, beliau berkata Malaysia sedar bahawa langkah itu pada awalnya akan melibatkan sedikit kekalutan dan memerlukan penyesuaian, khususnya kehidupan seharian rakyat.

"Malaysia telah melalui proses ini lebih 30 tahun lalu; ia perlu diyakinkan tetapi kami boleh buktikan faedah yang dibawanya jauh melebihi kekalutan dan ketidakselesaan pada peringkat awalnya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Muhyiddin juga melancarkan syiling peringatan bersempena Malaysia menjadi pengerusi Asean tahun ini.-- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan