'Tarif Air Perlu Dinaikkan' - SPAN

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarif air mungkin meningkat tidak lama lagi. Menurut Ketua Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Ridhuan Ismail, kadar air pada masa sekarang hanya cukup untuk menampung kos operator. 

"Malah terdapat peningkatan dalam tenaga elektrik setiap tahun, kos operasi... anda perlukan satu kitaran bagi kenaikan tarif," katanya.  

Beliau berkata, setiap operator perlu mempunyai tarif yang boleh meliputi bukan sahaja operasi mereka malah termasuk kerja-kerja tambahan seperti penukaran paip.

"Tarif perlu dinaikkan sehingga pemerolehan semula kos sepenuhnya dapat dicapai," katanya. 

Persatuan Air Malaysia juga turut mahu tarif dinaikkan.

"Industri kehilangan 12 sen bagi setiap 1,000 liter air yang dihasilkan pada 2013," kata presiden persatuan, Syed Mohamad Adnan Alhabshi sambil menambah bahawa pemain industri mengalami kerugian sejak 2011. 

Tambahnya, kebanyakan mereka tidak dapat lagi menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap air.

"Tarif perlu diselaraskan supaya dapat menampung kos operasi, menggantikan aset yang lama, paip air bocor, serta mengendalikan kos inflasi dan kewangan. 

"Kesemua kos ini akan meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan paip lama tidak dapat digantikan kerana tiada dana mencukupi," katanya. 

Pada 2013, industri air mencatatkan kerugian keseluruhan RM429.7 juta.

Beliau turut memberi amaran bahawa loji rawatan akan ditutup sekiranya pemain industri terus mengalami kerugian tinggi yang membawa kepada gangguan bekalan air kepada pengguna. 

Menurut Syed Mohamad, rang undang-undang air domestik menetapkan sebanyak 1 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.

Ini bermakna dalam tempoh 20 tahun, purata bil bagi sesebuah keluarga yang tinggal di Selangor akan dikenakan caj lebih RM80 iaitu peningkatan kira-kira RM50 dari purata semasa. 

Terdapat enam negeri yang tidak mempunyai perubahan tarif sejak 1980-an sehingga 1990-an manakala Sabah dan Labuan mempunyai harga air yang sama sejak 1982 dan Pahang tetap tidak berubah sejak 1983.

Selain itu, Pulau Pinang menaikkan tarif bermula April dan pengguna domestik di negeri itu membayar lebih 16.7 peratus secara purata untuk bekalan mereka. 

Pengguna domestik menyumbang 61.5 peratus daripada semua penggunaan air di negara ini pada 2013 atau 6.06 juta liter sehari.

Manakala bagi pengguna bukan domestik seperti industri, sebanyak 3.79 juta liter sehari digunakan pada tahun sama.

Kira-kira 44,000 kilometer (km) bagi paip air lama bersimenkan asbestos perlu digantikan di negara ini. 

Sebelum ini dilaporkan bahawa bagi paip sepanjang 1km memerlukan kos RM500,000.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa berkata, pemain industri dapat mengatasi kerugian setakat ini disebabkan pengguna bukan domestik. 

Tambahnya, kesemua sektor perniagaan serta kilang-kilang dibayar tarif air yang lebih tinggi berbanding pengguna domestik.  

"Kami membuat persilangan subsidi (bahagian domestik) dengan (apa yang kami dapat daripada) sektor perniagaan. Itulah cara kita mengatasinya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan