Isu Salib: Tak Perlu Kebenaran Bertulis MB

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Tiada keperluan untuk memberi kebenaran bertulis kepada sebuah gereja di Taman Medan, Selangor bagi meletakkan semula simbol salib di luar bangunannya, kata Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, jaminan kerajaan negeri untuk memastikan keharmonian serta melindungi kebebasan beragama di negeri itu sudah memadai.

"Ia juga bukan satu amalan bagi Menteri Besar untuk beri jaminan secara bertulis.

"Saya telah berikan aku janji kepada pemimpin gereja dan komuniti Kristian bahawa kerajaan Selangor memberi jaminan kepada mereka yang kita akan melindungi semua agama termasuk minoriti.

"Jadi, dalam kes ini, mereka harus dibenarkan untuk meletakkan kembali salib. Salib adalah simbol suci masyarakat Kristian dan kita perlu menghormatinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Gereja Taman Medan hanya akan meletakkan kembali simbol berkenaan selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan bahawa gereja berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, justeru beliau mengulangi komitmen kerajaan negeri pimpinannya untuk menghalang sebarang aktiviti ekstremisme.

"Salib itu tidak langsung mengganggu umat Islam, jangan buat provokasi. Saya meminta supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu mesti diambil tindakan yang keras tanpa mengira siapa latar belakang mereka.

“Kita sedang pantau secara dekat sama ada polis akan bertindak secara profesional atau tidak. Jangan kerana ada hubungan dengan orang tertentu maka perlindungan diberikan,” katanya. 


Tags / Kata Kunci: salib , gereja , Taman Medan , Azmin Ali

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan