PKR Dah Minta Maaf - PAS Permatang Pauh

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 1:33 PM

Omar Hassan.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Drama perbalahan dalam pakatan pembangkang yang dicetuskan PAS di Permatang Pauh akhirnya tamat apabila parti itu memberi jaminan untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini.

Malah individu di sebalik perbalahan PAS-PKR, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dilihat hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Walaupun dilihat sentiasa keseorangan dan kurang bergaul dengan pimpinan pakatan pembangkang lain yang turut berada di khemah yang sama, Omar menjelaskan bahawa semua masalah yang timbul berakhir dengan baik.

“Dah selesai, PKR dah minta maaf dan kami terima penjelasan mereka,” katanya pada Sabtu.

Ketika diasak dengan soalan berhubung pertemuan khas antara pemimpin PAS dan PKR yang diadakan pada Jumaat malam, Omar bagaimanapun dilihat kurang selesa untuk mengulas mengenai isu hudud yang menjadi punca perbalahan dalam pakatan pembangkang itu.

Pada Jumaat malam, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR serta timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mengadakan pertemuan khas dengan kepimpinan PAS di sebuah hotel di Seberang Jaya.

Pimpinan PAS dihadiri Timbalan Presidennya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu serta beberapa kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh termasuk Omar sendiri.

Pertemuan itu diadakan sebelum PKR mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon dalam majlis khas di Seberang Perai Arena.

Sebelum ini PAS kawasan itu mengumumkan untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh sehingga PKR menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan menolak hudud.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Permatang Pauh

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan