Kami Bantu PKR Kerana Patuhi Arahan Presiden PAS

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan ini menggerakkan keseluruhan jentera piliihan rayanya walaupun wujud ugutan untuk memboikot pilihan raya kecil itu kerana diarah berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Tok Guru Hadi pada 13 Mac lalu memutuskan PAS perlu membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami juga mendapat arahan daripada sayap ulama supaya menyalurkan kerjasama dan ia dilaksanakan sebagai tanda hormat kepada pemimpin parti," kata Ketua Penerangannya, Jamsari Samad.

PAS melancarkan jentera pilihan rayanya di Samagagah pada 9.30 malam, Sabtu.

Pada 19 April, PAS Permatang Pauh memutuskan untuk tidak  bekerjasama dengan PKR kecuali pihak PKR memohon maaf kerana menentang pelaksanaan hudud PAS.

"Kami akan maklumkan semua 30 cawangan bahawa kami mematuhi arahan parti untuk membantu PKR kerana ia diputuskan presiden," katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Salleh Isahak.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan