PAC Tidak Berselindung Siasat Laporan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 12:19 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah berselindung dalam mendedahkan hasil siasatan semua aktiviti perbelanjaan kementerian dan agensi kerajaan menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun. 

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rakyat berhak mengetahui aktiviti perbelanjaan kerajaan kerana peruntukan itu merupakan hasil pembayaran cukai mereka. 

"Sebagai pembayar cukai, mereka (rakyat) berhak tahu bagaimana kerajaan membelanjakan wang mereka itu untuk pembangunan negara dan kepentingan rakyat.

"Oleh itu, sekiranya siasatan mendapati mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan membuat perbelanjaan yang meragukan, kami tetap akan panggil mereka untuk buat penjelasan dan mendedahkannya kepada rakyat hasil siasatan itu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV bertajuk 'Bersama Pengerusi PAC' di sini, malam Jumaat.

Nur Jazlan berkata, PAC yang terdiri daripada 14 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, aktif menjalankan siasatan berkaitan perbelanjaan kerajaan dan mengetepikan fahaman politik.

"Walaupun kami merupakan badan berkecuali di peringkat Parlimen, tugas (PAC) memastikan perbelanjaan kerajaan yang dibentangkan dalam bajet dibuat dengan cara berhemat, telus dan tanpa unsur rasuah. 

"Sekiranya timbul isu atau sebarang perkara yang memusykilkan dalam siasatan, kami tetap akan bersuara lantang," katanya.  

Berhubung integriti PAC yang dipersoalkan kerana ketuanya merupakan Anggota Parlimen daripada BN, Nur Jazlan berkata pihaknya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa ada apa-apa agenda politik.

"Kami membuat audit bagi memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan sebaik mungkin. Selalunya laporan yang kami buat itu dibuat secara sebulat suara," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan