Tindakan Ketenteraan Tidak Harus Diambil Terhadap Konflik Syria - Hamzah Zainuddin

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:38 PM

Hamzah Zainuddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan krisis kemanusiaan di Syria mempunyai kaitan dengan penyelesaian politik sambil mengulangi pandangan bahawa tindakan ketenteraan tidak harus diambil bagi menangani konflik itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Malaysia percaya bahawa masa depan Syria harus ditentukan melalui proses politik oleh rakyat negara itu sendiri.

"Justeru, Malaysia percaya masa depan Syria harus ditentukan melalui usaha politik diketuai oleh Syria," kata beliau pada taklimat Majlis Keselamatan mengenai Pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan di New York pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini, Sabtu.

Hamzah berkata Malaysia terus berharap bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik secara positif akan mempertimbangkan cadangan oleh Staffan de Mistura, Wakil Khas Setiausaha Agung bagi Syria.

Hamzah berkata, masyarakat antarabangsa semakin kecewa kerana di sebalik usaha yang dijalankan, pihak-pihak yang terlibat dalam konflik terus berdegil dalam usaha mencari penyelesaian yang berkekalan.

"Berikutan situasi kemanusiaan yang berterusan dan semakin meruncing, kami berpegang kepada prinsip, selaras dengan peruntukan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan bahawa undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi-resolusi berkaitan dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam konflik," katanya.

Hamzah kini dalam lawatan kerja dua hari ke New York sejak Rabu dan semasa lawatan, beliau menghadiri dua mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York.

Pada Jumaat, beliau menghadiri jamuan tengah hari yang diadakan antara  Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon dan UNSC bagi membincangkan pelbagai isu kepentingan antarabangsa terutama isu Yaman dan Burundi.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainuddin , Syria , Majlis Keselamatan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan