Pesta Buku KL: Diskaun 10 Hingga 80 Peratus Untuk 20,000 Judul - Berita Semasa | mStar

Pesta Buku KL: Diskaun 10 Hingga 80 Peratus Untuk 20,000 Judul

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,000 judul buku yang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 diberikan diskaun 10 hingga 80 peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, pengunjung terutamanya pelajar digesa menggunakan peluang itu untuk mendapatkan buku keperluan mereka di PBAKL 2015.

"Diskaun harga buku sehingga 80 peratus daripada pengedar buku ini amat kita hargai dan dialu-alukan.

"Walaupun sumbangan buku kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak sampai RM2 bilion, tetapi kesan industri ini untuk melahirkan bangsa yang berilmu jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika merasmikan PBAKL 2015 dan Kempen Turun Harga Buku di sini, Sabtu.

Beliau berkata, jualan buku di PBAKL 2015 juga dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Pelaksanaan GST tidak melibatkan industri buku kerana kerajaan telah menerima pandangan daripada industri buku bahawa buku yang sebelum ini tidak dicukai, tidak wajar dikenakan GST bagi menggalakkan budaya membaca," kata Hasan.

PBAKL 2015 berlangsung mulai semalam (24 April) hingga 3 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Sejumlah 250 pempamer terlibat dalam PBAKL 2015 yang menawarkan 900 gerai untuk dikunjungi orang ramai.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Pesta Buku , PWTC , Hasan Malek
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan