Detik Cemas Setiausaha Ketiga Kedutaan Malaysia Di Nepal

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 9:55 PM

Penduduk Nepal turut membantu pihak berkuasa mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi melanda negara itu, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang pegawai kedutaan Malaysia di Nepal terpaksa mengharungi detik cemas selama dua hingga tiga minit apabila gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter menggegarkan ibu negara, Kathmandu, pagi Sabtu.

Setiausaha Ketiga Mohamad Amin Wagiman, 51, terpaksa mengharungi cabaran hidup bersama empat petugas tempatan ketika melakukan kerja pejabat di bangunan empat tingkat kedutaan itu.

Bagaimanapun, beliau, yang menjaga hal ehwal imigresen dan perkhidmatan konsular, mengesahkan empat petugas Malaysia yang lain serta ahli keluarga masing-masing selamat dalam kejadian yang memgorbankan ratusan penduduk di ibu negara itu.

"Saya pernah mengharungi suasana gempa bumi dua tahun yang lepas di sini, tetapi masa itu tidak kuat seperti pada hari ini," katanya apabila dihubungi Bernama.

"Sebaik sahaja gegaran berhenti, saya dan kakitangan warga tempatan bergegas lari keluar dari bangunan ke kawasan lapang yang paling hampir.

"Walaupun berada di kawasan lapang, kami masih boleh rasa kesan gegaran," jelas beliau.

Mohamad Amin mengesahkan bangunan kedutaan mengalami keretakan tetapi tidak pasti sejauh mana tahap kerosakan bangunan itu.

Apabila gegaran terhenti, beliau bergegas pulang menaiki motosikal ke kediaman kakitangan yang terletak kurang lima kilometer daripada bangunan kedutaan dan bersyukur melihat wajah isterinya, Jamiah Salleh, 51, yang juga terselamat.

Beliau berkata sepanjang perjalanan ke rumahnya, beliau melihat banyak bangunan termasuk bangunan bersejarah yang ranap.

"Bangunan setinggi 15 tingkat di sebelah rumah saya pun sebahagiannya runtuh," katanya.

Mohamad Amin berkata hampir sejam beliau tidak dapat menggunakan telefon bimbitnya dan apabila talian pulih beliau menghubungi ahli keluarga untuk memberitahu beliau dan isteri selamat serta menghubungi kakitangan Malaysia yang yang lain untuk bertanya keadaan mereka.

Sementara itu, media di Nepal melaporkan antara bangunan yang runtuh dalam kejadian itu ialah bangunan kuil Hindu Dharahara yang terkenal dalam kalangan pelancong asing dan lebih 50 mangsa terperangkap dalam runtuhannya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mohamad Amin Wagiman , Nepal , gempa bumi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan