Aidilfitri: 3,000 Bakal Terima Bonus RM500 Kepada - MB Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 4:44 PM

AHMAD RAZIF

Ahmad Razif Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

MARANG: Kerajaan negeri Terengganu akan  memberikan bonus RM500 kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Pegawai Teknologi Maklumat (EIO), Juruteknik Komputer (TSO) dan guru kelas tadika sebelum Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemberian julung kali itu melibatkan kira-kira 3,000 penerima dan akan diagihkan pada Ramadan ini.

"Kita bersetuju memberikan bonus bagi meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad 37 Parlimen Marang sempena Hari Terbuka Gen Y daerah itu di sini.

Skuad 37 Parlimen Marang bertujuan menyelaraskan kerja-kerja sukarelawan dalam kalangan generasi muda khususnya di kawasan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pengagihan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja tahun ini akan dilakukan lebih sistematik dengan mereka perlu mengisi borang dalam talian terlebih sebelum baucer diserahkan mulai 1 Ramadan.

Bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, kerajaan akan menyampaikan sendiri bantuan itu kepada mereka.

"Langkah sama juga dilaku untuk golongan pelajar dan mahasiswa yang berada di luar Terengganu terutamanya di Lembah Kelang," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan