"Saya Bukan Nak Main-Main” - Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 1:33 AM

Dr Wan Azizah ketika berucap selepas diumumkan sebagai calon PKR dalam PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Selepas diumumkan sebagai calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera menepis tanggapan negatif berhubung pemilihannya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Dalam nada tegas, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyatakan kesediaannya untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan dibuat atas dasar tanggungjawab.

“Diumumkan saya pegang tanggungjawab ini, bukan saya nak main-main atau nak seronok-seronok,” katanya di sini, Jumaat malam.

Nurul Izzah bersalaman dengan ibunya, Dr Wan Azizah sebelum bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan pakatan pembangkang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon pakatan pembangkang dalam satu majlis yang dihadiri pimpinan kanan PKR, DAP dan PAS di Seberang Perai Arena di sini.

Dr Wan Azizah, 63, yang juga ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan berhadapan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di Selangor pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal berturut-turut bermula 1999 hingga 2008 selain pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selain itu ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon, Dr Wan Azizah memberitahu bahawa beliau sempat menemui Anwar yang kini dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bagi memohon restu.

“Saya sempat jumpa Anwar petang tadi selepas solat Jumaat. Saya jumpa kira-kira 45 minit dan pada lima minit terakhir ketika diberi peluang untuk bersalaman, masa itu Anwar pesan supaya saya jaga diri baik-baik dan dia sampaikan salam kepada orang Permatang Pauh.

“Kemudian dia suruh saya balik dan kuatkan semangat kerana ada perjuangan yang perlu diteruskan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan