Calon PKR: Jika Bukan Azizah, Masih Ahli Keluarga Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 11:58 AM

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Berbaki beberapa jam sebelum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon, cakap-cakap kuat mengatakan tiada kejutan bakal dibuat parti itu dalam usaha menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sehingga berita ini ditulis, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan terus ‘mengawal’ kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Hanya dua nama paling kuat dikatakan menjadi taruhan PKR iaitu sama ada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anak ketiga mereka, Nurul Nuha Anwar.

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mStar Online berkata, sentimen pemenjaraan Anwar atas kesalahan meliwat merupakan ‘senjata’ paling kuat parti itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.

Selain itu sumber berkenaan yang juga antara orang kanan kepada pemimpin utama PKR di Pulau Pinang berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha diyakini berupaya meraih sokongan pengundi bersandarkan sentimen Anwar.

"Namun Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon paling layak. Selain berpengalaman dalam politik, beliau juga sudah di dikenali dikalangan penduduk setempat.

"Berbeza dengan Nuha, walaupun dikatakan boleh memberi kejutan, tapi dia tak ada pengalaman. Orang pun tak kenal dia lagi melainkan atas faktor anak Anwar. Payah (susah) nak raih sokongan," kata sumber itu.

Ditanya mengenai cakap-cakap yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut menjadi pertimbangan PKR sebelum ini, beliau bagaimanapun tidak menolak mengenai perkara itu.

Namun katanya terdapat pelbagai faktor yang memaksa PKR untuk ‘menggugurkan’ kedua-dua nama berkenaan daripada senarai calon berpotensi bertanding di Permatang Pauh.

"Sebelum ini wujud perbalahan dalam PKR dalam menentukan calon. Kem-kem dalam PKR mula melobi untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi berkenaan.

"Tapi tak semudah itu untuk menang di Permatang Pauh walaupun mereka beranggapan itu adalah kerusi yang mudah menang.

"Jadi sebagai usaha untuk menghentikan pertikaian dalaman, Kak Wan sebagai Presiden PKR terpaksa menggalas tugas tersebut sekali lagi," katanya.

PKR akan mengumumkan calon mereka di Seberang Perai Arena dalam program ceramahnya yang akan bermula kira-kira pukul 9 malam ini.

Kerusi Parlimen Permatan Pauh diisytihar kosong selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Tags / Kata Kunci: PKR , Permatang Pauh

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan