PAS Boikot Majlis Pengisytiharan Calon PKR?

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 9:57 PM

Dr Hatta Ramli

(Ubah saiz teks)

SEBERANG JAYA: Perang dingin antara parti sekutu pakatan pembangkang semakin ketara apabila tiada kelibat pimpinan utama PAS pada majlis pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat malam.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, hanya dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr Hatta Ramli dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sering dikaitkan dengan kumpulan pro-Anwar dilihat hadir bersama beberapa pimpinan DAP.

Hatta juga adalah Ahli Parlimen Kuala Krai dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut hadir pada pukul 9 malam.

Sejak akhir-akhir ini keretakan hubungan antara tiga sekutu pakatan pembangkang semakin parah apabila PKR dan DAP menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan PAS.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka yang menolak pelaksaan hukum hudud.Jika tidak, jentera PAS di kawasan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRK Permatang Pauh yang akan bermula Sabtu.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan