Mangsa Kebakaran Di Moscow Beritahu Mereka 'Dalam Keadaan Baik'

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pelajar Malaysia yang cedera dalam kebakaran di sebuah asrama pelajar di Moscow berkata mereka berada dalam keadaan baik.

Naveen Anbalakan dan Mohannan Pattu menjawab pertanyaan di Facebook pada Jumaat, memberitahu mereka dan rakan-rakan mereka serta pelajar-pelajar lain bahawa segalanya dalam keadaan terkawal.

Dilaporkan bahawa 21 rakyat Malaysia telah menerima rawatan selepas kebakaran berlaku di Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU), Moscow dalam kejadian malam Rabu, pukul 11.30.

Kedutaan Malaysia mengesahkan bahawa semua pelajar, kecuali tujuh orang telah menerima rawatan pesakit luar.

Tujuh pelajar itu adalah, Naveen, Mohannan, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar, Chen Wei Jun, Zainal Nastaiin dan Sharath Raj.

Pelajar-pelajar sebelum ini dimasukkan ke tiga hospital dan pegawai-pegawai kedutaan telah memantau keadaan mereka.

Wakil-wakil dari kedutaan Malaysia yang diketuai oleh Duta Besar Datuk Zainol Abidin Omar melawat pelajar pada Khamis.

Kedutaan itu juga bekerjasama dengan pihak universiti untuk memudahkan tempat penginapan sementara bagi pelajar.
Tags / Kata Kunci: kebakaran Moscow , RNRMU

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan