Malaysia Bangkit Isu Perubahan Iklim Dan Kesannya Pada Sidang Kemuncak Asean

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 12:48 PM

Datuk Seri G.Palanivel

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membangkitkan isu-isu perubahan iklim dan kesannya terhadap sosioekonomi rantau ini pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata perkara itu penting kerana Asia Tenggara merupakan satu daripada rantau dunia yang mudah rentan kepada kesan perubahan iklim seperti kemarau, banjir, taufan, peningkatan paras laut dan gelombang haba.


"Untuk menunjukkan komitmen dan kepimpinan kita, Malaysia berharap dapat menandatangani satu perjanjian baharu pada Persidangan Pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris pada Disember ini.


"Ia menekankan keperluan mendesak ASEAN untuk meningkatkan kesedaran semua negara anggotanya dalam menangani isu-isu perubahan iklim," katanya kepada BERNAMA di sini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN pada 26-27 April ini di Kuala Lumpur dan Langkawi.


Palanivel berkata perjanjian baharu itu akan menangani empat agenda penting iaitu penyesuaian, pengurangan, kewangan dan pembangunan, serta pemindahan teknologi bagi menggalakkan pembangunan lestari bagi ASEAN yang bersih dan hijau.

Sesetengah penyelidik alam sekitar mahu Malaysia membawa usul kajian bersama  negara ASEAN mengenai perubahan iklim global dan kesannya, yang bertujuan mewujudkan platform kerjasama untuk para saintis ASEAN.


Palanivel berkata ASEAN berdepan cabaran peristiwa berkaitan cuaca melampau, yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran dan jaminan makanan serta menghalang pembangunan sosial dan ekonomi yang lestari.

"Sidang Kemuncak ASEAN perlu menjalinkan kerjasama lebih kukuh dan erat dalam bidang penyesuaian perubahan iklim untuk berkongsi ilmu dan maklumat.
Malah, negara-negara anggota ASEAN juga harus bekerjasama dalam pengurusan bencana untuk mengambil tindak balas yang lebih berkesan terhadap bencana cuaca melampau,"katanya.


Mengenai cadangan menjadikan alam sekitar sebagai tonggak komuniti keempat pertubuhan serantau itu, Palanivel berkata penerimaan cadangan itu menjadi isyarat mengenai kesediaan ASEAN menyandang peranan lebih penting dalam tadbir urus alam sekitar dan iklim global.


"Dengan adanya tonggak keempat, ASEAN boleh proaktif dalam menangani perubahan iklim dan dapat melibatkan masyarakat madani untuk rangka kerja  transformatif," jelas beliau.


ASEAN terdiri daripada 10 buah negara - Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan