Wan Azizah Ke Penjara, Minta Restu Umum Calon Permatang Pauh

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bergegas kembali ke Selangor untuk menemui suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipercayai ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula secara rasmi pada Sabtu.

Sehubungan itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit terpaksa membatalkan jadualnya untuk menghadiri program bersama yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Masjid Mengkuang, di sini, petang Jumaat.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ketika ditanya bagaimanapun berdolak dalih sama ada ketiadaan Dr Wan Azizah pada majlis itu ada kaitan dengan keputusan PKR yang dikatakan bakal menamakan isteri tersebut sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh.

"Beliau mendapat kebenaran untuk menziarahi Datuk Seri Anwar petang ini pada pukul 3 petang. Sebab itu beliau terpaksa bergegas balik ke KL, dan beliau dijangka tiba semula ke sini pukul 8 malam dari Penjara Sungai Buloh," katanya ketika ditemui di sini.

Ditanya sama ada Dr Wan Azizah bakal menjadi taruhan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Azmin berkata: "Tunggu malam ini, tinggal beberapa jam sahaja.

Anda boleh tunggu dua minggu takkan nak tunggu lagi 3 jam tak boleh?"

Sebelum ini mStar Online melaporkan dengan memetik sumber dalaman PKR bahawa hanya dua nama menjadi pertimbangan akhir parti itu sebelum diumumkan dalam majlis pengumuman calon di Seberang Perai Arena malam ini (Jumaat).

Dua nama tersebut ialah Dr Wan Azizah dan anak ketiga Anwar, Nurul Nuha Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 7 Mei ini bagi hari pengundian.

Berhubung soalan sama ada PKR akan mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon muka baharu dan muda, Azmin sekali lagi berteka-teki mengenainya.

"Muda, bertenaga, semangatnya muda. Muda ini jangan ikut umur, ada yang orang muda tapi pengecut pun ada juga. Apa makna muda tapi tak berani tegur kemungkaran, tak berani menentang rasuah dan tak berani menentang GST?

"Apa makna muda? Muda kena ada prinsip. Kalau umurnya tak muda tapi semangatnya muda…Alhamdulillah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan