Pemikiran Tak Waras Dorong Alvin Tan Muat Naik Turun Video Hina Azan

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 8:01 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan memuat naik rakaman video mempersendakan azan baru-baru ini didorong pemikiran tidak waras, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong. 

Wee berkata seorang rakyat Malaysia yang waras tidak akan melakukan perkara yang menimbulkan kontroversi, lebih-lebih lagi membabitkan soal azan.

"Di Malaysia, kita hendak membina satu bangsa yang saling hormat menghormatidan faham budaya orang lain dan bukanlah dengan melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan.

"Saya bagi contoh... kalaulah masyarakat Cina mengadakan sembahyang dan kaum lain pula menjadikan ia sebagai bahan ketawa, apa reaksi kita? Sama juga," kata beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Teknologi Pembinaan dan Bahan Binaan Selatan Malaysia (Onebuild), pada Jumaat.

Wee mengulas provokasi terbaharu Tan yang sengaja memuat naik rakaman videoke laman sosial You Tube, Selasa lepas menunjukkan dia mengalunkan azan dalam rentak R&B tanpa berbaju sambil bermain keyboard.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tindakan itu juga menunjukkan Tan masih berdegil biarpun pernah dikecam pelbagai pihak retetan tindakannya menghina agama Islam sebelum ini.

"Kita tahu ini bukannya kali pertama Tan berbuat demikian dan saya anggap dia sebenarnya hendak mencabar (kerajaan) walaupun kita sudah terangkan bahawa Malaysia mempunyai saluran toleransi lain bagi pelbagai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," katanya.

Mengenai isu lain, Wee yang juga Anggota Parlimen Ayer Hitam, yakin pembangkang akan menggunakan segala taktik untuk menjatuhkan imej kerajaan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh yang berlangsung tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Wee berkata beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan turun ke padang untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan kerajaan kepada masyarakat tempatan.

"Saya tidak memandang remeh PRK ini, baik untuk Rompin atau Permatang Pauh kerana hampir 23 peratus atau 17,000 pengundi di Permatang Pauh adalah masyarakat Cina, berbanding 1,381 di Rompin," katanya.

PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei ini dengan penamaan calon berlangsung pada Sabtu manakala pengundian awal 3 Mei manakala PRK Rompin pula diadakan pada 5 Mei ini dengan penamaan calon berlangsung pada 22 April lepas.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Alvin Tan , Datuk Dr Wee Ka Siong

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan