Dr Mahathir Persoal Ke Mana Hilang Dana 1MDB RM27 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan baki pinjaman syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM27.3 bilion yang didakwanya sebagai hilang.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, 1MDB sebelum ini telah membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion namun hanya membelanjakan kira-kira RM14.7 bilion.

"Kehilangan besar wang yang dipinjam 1MDB dan ketidakmampuan menjawab persoalan yang ditimbulkan menjadikan Najib tidak layak lagi menjadi perdana menteri," katanya menerusi entri terbaharu di blog, Chedet.cc pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, jumlah RM14.7 bilion merupakan perbelanjaan yang diketahui manakala bakinya masih menjadi persoalan.

"Semua ini adalah pembelian yang diketahui. Kesemuanya mencecah sehingga RM14.7 bilion. Jadi, dianggarkan baki kira-kira RM27 bilion.

"Lebih AS$1 bilion dikatakan dibayar kepada PetroSaudi tanpa pengesahan mengenai nilai syarikat atau asetnya.

"Ke manakah baki wang yang lain?," soal beliau.

Dr Mahathir turut menyenaraikan beberapa pembelian yang didakwa dibuat oleh 1MDB, antaranya seperti berikut:

1. Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) – RM8.5 bilion;

2. Jimah Energy – RM1.2 bilion;

3. 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) – RM320 juta;

4. 495 ekar tanah bekas Lapangan terbang TUDM Sungai Besi (kini dikenali Bandar Malaysia) – RM363.5 juta;

5. Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) – RM2.3 bilion;

6. 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion.

Dr Mahathir mendakwa, 1MDB tidak mendapat keuntungan daripada pelaburannya bahkan kerajaan terpaksa menangung kerugian mencecah RM25 bilion kerana 1MDB hanya membayar RM683 juta untuk TRX dan TUDM Sungai Besi.

Beliau menambah, jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM25 bilion.

"1MDB menilaikan aset mereka berjumlah RM52 bilion. Ini kerana tanah kerajaan dibeli di bawah harga pasaran. 

"Ia hanya mampu digunakan untuk bayar hutang itu pun jika 1MDB berjaya menjual tanah atau selepas pembangunan. 

"Perkembangan TRX adalah sangat perlahan dan tidak ada kerja-kerja yang dilakukan di tanah Sungai Besi. Tiada wang akan dijana semasa pembangunan; hanya ada aliran keluar sahaja," katanya.

Dr Mahathir menyedari 1MDB merupakan sesuatu yang tidak kena sejak awal.

"Wang itu dipinjam. Jadi, ia bukan kekayaan negara tetapi kaya hutang.

"Sebuah syarikat dengan modal RM1 juta tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali modalnya tanpa cagaran. Tetapi 1MDB boleh melakukannya kerana jaminan kerajaan.

"Dengan erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang itu. Jika 1MDB alami kerugian, kerajaan yang terpaksa berdepan dengan kerugian itu. Namun operasi 1MDB tidak diawasi oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana kerajaan," tegas Dr Mahathir.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Dr Mahathir Mohamad , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan