PRK Pmtg Pauh: Perpecahan Pembangkang Bukan Jalan Mudah BN

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Perpecahan dan keretakan hubungan pakatan pembangkang menjadi pertimbangan Barisan Nasional (BN) dalam merangka strategi untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah dalaman pembangkang tidak boleh dijadikan sandaran sepenuhnya jika mahu merampas kembali kerusi berkenaan.

"Perkembangan politik di pihak mereka kita ambil kira, dan kita sendiri ada strategi tertentu.

"Saya tak perlu nyatakan sama ada isu mereka ini adalah kelebihan atau tidak, kerana yang penting jentera kita harus bekerja dan bergerak untuk jumpa setiap pengundi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan calon BN PRK Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai perbalahan yang wujud antara PAS, DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang khusunya mengenai isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Lebih parah apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengumumkan untuk memboikot kempen PRK di kawasan ini yang akan ditandingi PKR.

Terdahulu, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 44, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili BN dalam PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Mengulas lanjut timbalan perdana menteri itu berkata, beliau berharap pengundi Permatang Pauh membuat penilaian yang sewajarnya demi masa depan mereka.

"Isu yang dihadapi oleh pihak parti lawan kita sedari, rakyat akan menilai. Apatah lagi itu (masalah yang pembangkang hadapi) adalah perkara pokok, bukan perkara kecil.

"Ia membabitkan perbezaan pendapat yang agak ketara dalam soal-soal pokok dan dasar hubungan antara DAP dan PAS...sampai hari ini isu itu masih hangat.

"Pihak DAP tak sanggup nak bekerjasama dengan PAS. Kita ambil kira faktor-faktor itu," katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai calon BN, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, parti itu pemilihan Suhaimi dibuat setelah berbincang dengan kepimpinan di semua peringkat.

"Dari segi soal calon kita tak ada masalah, tidak ada perpecahan dalam BN, mungkin peringkat mereka (pembangkang) ada masalah…itu hal mereka lah.

"Setelah dipertimbang, kita dapati ini adalah calon yang paling sesuai, masih muda, ada kelulusan yang tinggi.

"Kita ambil kira hasrat pengundi di sini yang mahu calon anak tempatan, kita percaya Suhaimi layak, mampu, serta boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat bila dipilih nanti insyaAllah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , Barisan Nasional

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan