KPDNKK Sasar 100 Syarikat Peruncitan Sertai Kempen Turun Harga Barang

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 9:00 PM

Hasan Malek.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 100 syarikat peruncitan yang menjual barangan keperluan menyertai kempen penurunan harga barang yang dilancarkan 1 Mac lepas.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya sedang melakukan perbincangan lanjut dengan lebih ramai pengusaha pasar raya besar dan syarikat-syarikat berkaitan supaya turut sama mengambil bahagian dalam kempen berkenaan. 

Katanya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan sehingga semalam 40 syarikat termasuk pengusaha pasar raya besar telah bersetuju menyertai kempen itu bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

"Ini antara usaha yang kita lakukan untuk membantu rakyat dan KPDNKK akan terus mencari langkah terbaik untuk menangani kos sara hidup.

"Mengambil contoh pasar raya besar Giant, sambil menyertai kempen menurunkan harga barang mereka juga mempromosi barangan buatan Malaysia dan ini adalah contoh yang baik" katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau sebelum itu merasmikan kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' dan kempen 'Penjimatan Ekstra' anjuran Pasar Raya Besar Giant, di Seksyen 13 di sini. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (M), Datuk Tim Ashdown.

Hasan berkata, penglibatan 40 syarikat menjual barangan keperluan dalam kempen penurunan harga barang itu telah membolehkan penurunan harga bagi 488,056 produk keperluan harian di 1,382 cawangan mereka di seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan peniaga dan pengusaha supaya tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan terlalu tinggi atau mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Tim berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menembusi pasaran peruncitan pada skala besar.

Beliau berkata, bagi kempen 'Beli Barang Buatan Malaysia' yang dilancarkan hari ini, sebanyak 1,400 produk keluaran tempatan akan dijual di 120 rangkaian pasar raya besar itu sebagai menyokong industri terbabit.

"Kita bukan sahaja mahu bantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, dalam masa sama kita juga bantu pengusaha kecil ini mendapat pendapatan lebih banyak menerusi pasaran yang kita tawarkan," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 470 pengusaha IKS telah menembusi pasaran peruncitan berskala besar itu dan 70 daripadanya adalah bumiputera.

Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , KPDNKK

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan