GST: Segerakan Tindakan Terhadap Syarikat Langgar Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan mahu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyegerakan tindakan terhadap syarikat yang melanggar undang-undang selepas pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata banyak syarikat telah dikenal pasti melanggar prosedur operasi standard (SOP) CBP, Akta CBP dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

"Kita akan segerakan tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang supaya dapat membuktikan kepada rakyat usaha baik kerajaan memberikan CBP yang dapat mengurangkan cukai," katanya kepada pemberita selepas operasi Kastam bersama KPDNKK di sini, Khamis.

Katanya, tindakan terhadap peniaga dan syarikat yang melanggar undang-undang ini harus dipercepatkan supaya pelaksanaan CBP berjalan dengan lebih lancar.

Ahmad berkata syarikat yang enggan berdaftar dengan Kastam di bawah CBP boleh dikenakan tindakan kompaun dan sekiranya gagal menjelaskannya, mereka akan diheret ke mahkamah.

"Saya berharap Kastam dan KPDNKK akan terus bekerjasama untuk membawa mereka yang melanggar undang-undang ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan CBP ini harus membuat "homework" sebelum menyebarkan maklumat palsu berkenaan CBP.

Katanya, mereka perlu meneliti Akta CBP dan memahami dengan sepenuhnya sebelum memberi ceramah kepada rakyat.

"Bantahan CBP akan menyusahkan rakyat kerana pelaksanaan CBP dapat mengurangkan cukai kepada enam peratus daripada 10 peratus ketika cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) dilaksanakan," katanya.

Jelasnya, kenaikan harga barangan adalah disebabkan para peniaga yang tidak bertanggungjawab sengaja menaikkan harga dan bukan disebabkan pelaksanaan CBP.

Tags / Kata Kunci: GST , Ahmad Maslan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan