20,000 Meninggal Dunia Setiap Tahun Akibat Tabiat Merokok

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 11:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,000 rakyat negara ini, meninggal dunia setiap tahun akibat tabiat merokok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, sebanyak 38 peratus golongan lelaki dan 1.4 peratus wanita dianggarkan mempunyai tabiat merokok di Malaysia.

"Bilangan tertinggi perokok dalam kalangan lelaki adalah kumpulan umur antara 15 dan 24 tahun ," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Ketagihan Nikotin Kuala Lumpur 'Berhenti Merokok di Malaysia' 2015, di sini Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim.

Subramaniam berkata, kempen 'Tak Nak' diperkenalkan oleh kementerian telah mencapai tahap yang mana majoriti perokok menyedari bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan, namun mempunyai kesukaran untuk berhenti.

Beliau berkata, satu tinjauan pada 2011 menunjukkan bahawa sehingga 71 peratus daripada perokok berhasrat untuk berhenti merokok dan hampir 50 peratus telah mencuba berbuat demikian.

"Kesedaran tidak diterjemahkan kepada perubahan konkrit pada kelakuan, justeru adalah penting kita melakukan apa yang kita mampu untuk menyokong mereka yang ingin berhenti merokok," katanya.

Di Malaysia, perkhidmatan berhenti merokok disediakan sejak 2000 di peringkat penjagaan asas dan bilangan Klinik Kesihatan menawarkan perkhidmatan itu meningkat daripada 694 pada 2011 kepada 731 pada 2014.

"Jumlah pelanggan yang dirawat juga meningkat daripada 3,691 kepada 4,768," katanya.

Beliau berkata kementerian mengambil langkah-langkah dalam membantu mengurangkan bilangan perokok dengan membuat amaran bergambar yang wajib dipaparkan pada paket rokok serta pengharaman dikuatkuasakan terhadap pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan tembakau di negara ini.

Subramaniam berkata, ketagihan nikotin juga melibatkan pelajar sekolah dan kementerian bercadang memperluaskan perkhidmatan berhenti merokok dengan program intervensi yang menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus sekolah menengah seluruh negara menjelang akhir tahun ini dan pada 2018 akan dapat meliputi kesemua 3,700 sekolah di Malaysia.

Persidangan itu dianjurkan oleh Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS) dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama University of Auckland.

Persidangan selama dua hari itu dihadiri lebih 200 pakar tempatan dan luar negara mengenai kawalan tembakau dan tabiat berhenti merokok.

Tags / Kata Kunci: rokok

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan