PKR Yakin PAS Sokong, Tak Boikot PRK Permatang Pauh

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 3:20 PM

Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PKR yakin akan mendapat sokongan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh walaupun terdapat pergeseran di antara kedua-dua pihak mengenai isu hudud.

Timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali berkata semua isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan atas dasar 'semangat kekeluargaan'.

"Akhirnya, matlamat utama Pakatan adalah untuk menang supaya kita boleh membawa perubahan. Kami mahu meyakinkan pengundi bahawa mereka mengundi untuk perubahan.

"Saya harap semua pihak boleh berpegang kepada prinsip muafakat (kerjasama) dalam Pakatan untuk memastikan kemenangan kita pada masa akan datang," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan makan tengah hari di Asean People's Forum, Khamis.

PAS Permatang Pauh telah meluluskan usul tidak akan menyokong calon PKR bagi pilihan raya kecil kali ini jika pemimpin parti tidak memohon maaf kerana pendirian mereka mengenai hudud.

Mereka juga mahu PKR menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan yang menyuarakan pendiriannya terhadap rang undang-undang hudud yang dicadangkan oleh parti Islam itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu berkata walaupun parti itu masih di dalam Pakatan Rakyat, ia adalah hak mutlak bahagian Permatang Pauh untuk tidak menyokong sekutunya dalam pilihan raya kecil akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan