PRK Rompin: Nazri Bukan Calon 'Warm Up' - PAS

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pahang, Nasrudin Hasan Tantawi menolak dakwaan bahawa calon muda, Nazri Ahmad yang diketengahkan parti itu sekadar 'warm up' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau untuk mengurangkan majoriti undi Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau berkata Nazri merupakan calon yang diterima masyarakat setempat terutamanya pengundi muda untuk membantu PAS memburu kemenangan di kubu kuat BN ini.

"Berdasarkan kajian kami berlaku satu lonjakan terhadap calon iaitu 'mood' bersedia buru kemenangan dan hadapi segala cabaran.

"Yang penting pada ketika ini adalah peralihan daripada pengundi dengan beberapa faktor jelas mengapa mereka perlu tukar sokongan," katanya.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh tidak menolak akan berlaku peralihan sokongan pengundi BN kepada parti itu di Rompin pada 5 Mei.

Beliau berkata ia berdasarkan pengalaman PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada suatu ketika dahulu PAS pernah ketinggalan belasan ribu undi di kawasan Parlimen Shah Alam tetapi berjaya diatasi parti itu.

"Tidak mustahil boleh tukar (sokongan) asalkan kita boleh buktikan kita serius dalam usaha membantu dan memperjuangkan hak pengundi.

"Kalau kita tengok kepada pengalaman PRU-13 sebagai contoh pada satu ketika dahulu ketinggalan belasan ribu juga di Shah Alam tetapi kita dapat atasinya pada PRU lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Markas Induk PAS, Muadzam Shah pada Khamis.

Nasruddin memberitahu kawasan Parlimen Rompin yang 70 peratus pengundinya terdiri daripada golongan peneroka amat terkesan dengan isu Felda membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding Berhad (FGVH) dan rumah generasi kedua.

"Rumah generasi kedua peneroka Felda masih lagi jadi isu tertunggak. Ia adalah satu isu yang sangat dekat dengan pengundi di 14 Felda sekitar Rompin. Setelah sekian lama kerajaan janjikan rumah tapi tak diselesaikan," katanya.

Beliau berkata daripada majoriti 15,114 undi yang diraih BN pada PRU-13, kira-kira 70 peratus daripadanya datang daripada undi peneroka Felda.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Felda , PAS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan