Saya Tak Rasa Keseorangan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 1:01 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh topik 'keseorangan' semasa berucap pada Invest Malaysia 2015.

Tanpa menyebut sesiapa, Najib berkata dalam menyatakan kebenaran, 'sesetengah pihak' berkata ia boleh membawa kepada keseorangan.

"Terdapat cakap-cakap sejak akhir-akhir ini di Malaysia tentang bagaimana berkata benar boleh menyebabkan keseorangan.

"Saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak berasa keseorangan berdiri di sini di hadapan anda hari ini," katanya kepada peserta pada majlis yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini, Khamis.

"Dan apabila begitu banyak badan-badan antarabangsa, individu dan institusi yang dihormati telah mengesahkan kepercayaan mereka terhadap kejayaan Malaysia dan telah memberi penghormatan kepada kita dengan memberi penarafan yang sangat tinggi- Saya langsung tidak merasa bersendirian sebaliknya saya berasa ditemani dengan begitu baik".

Topik keseorangan pertama kali dibawa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya yang meminta Najib meletak jawatan atas pelbagai isu termasuk kontroversi 1Malaysia Development Berhad.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan dalam blog chedet.cc.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan menyokong Dr Mahathir apabila beliau memuji bekas Perdana Menteri itu yang berani menegakkan kebenaran.

“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

“Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," Muhyiddin dilaporkan berkata semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.

Pada hari yang sama, media sosial agak kecoh apabila adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak menyiarkan gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagu 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.

Beliau menyatakan, "apa yang muncul dalam politik Malaysia pada masa kini" dalam kapsyen gambar Raja Pop itu tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan