Seramai 686 Rakyat Malaysia Dievakuasi, Selamat Tiba Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 12:03 AM

Antara rakyat Malaysia yang tida dari Yaman di KLIA, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, seramai 686 rakyat Malaysia di Yaman yang telah dievakuasi dari empat bandar di negara berkenaan - Sana'a, Hodeidah, Aden dan Hadramawt - telah selamat tiba di Malaysia.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan, Rabu berkata kementerian dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi berkaitan yang lain telah berjaya melaksanakan beberapa siri evakuasi rakyat Malaysia dari Yaman.

"Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau keadaan semasa di Yaman, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman; Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh; dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sentiasa bersiap sedia untuk sebarang perancangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman.

"Malah pegawai Kedutaan Malaysia di Yaman sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berkeras untuk kekal di sana dan memaklumkan kepada mereka mengenai keadaan keselamatan di Yaman.

"Setiap peluang sentiasa dimanfaatkan bagi menggesa mereka supaya kembali ke Malaysia," menurut kenyataan itu. Semenjak November 2014, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah mengarahkan semua rakyat Malaysia supaya meninggalkan Yaman.

Kementerian juga telah meningkatkan penyampaian maklumat ini melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.

Menurut kenyataan itu, mengambil kira situasi di Yaman sekarang, Kementerian Luar Negeri sekali lagi menggesa supaya semua rakyat Malaysia untuk segera meninggalkan Yaman.

"Kebanyakan pejabat kedutaan asing di Yaman juga telah ditutup.

"Semua rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di Yaman haruslah memikul tanggungjawab untuk tidak mendedahkan diri mereka kepada risiko keselamatan di sana," katanya. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Yaman , evakuasi , Muscat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan