Elak Pertembungan Kuasa Tentera Di Wilayah Bertindih

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia menegaskan pihak-pihak yang terlibat dalam tuntutan bertindih wilayah maritim di Laut China Selatan haruslah mengelak daripada menggunakan kuasa masing-masing supaya tidak berlaku apa-apa insiden pertembungan ketenteraan di perairan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memandangkan tuntutan bertindih itu adalah isu yang sangat kompleks dan sensitif, ia perlu ditangani secara berhemah berlandaskan prinsip perundingan dan amalan undang-undang antarabangsa.

"Antaranya kita mesti lakukan perundingan tanpa menggunakan kuasa, tanpa membenarkan ketegangan ataupun apa-apa taktik seperti tekanan kepada negara-negara kecil," kata Najib semasa temu bual bersama pengarang-pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April ini.

Perebutan wilayah maritim itu membabitkan Brunei Darussalam, Filipina, Malaysia dan Vietnam selain China dan Taiwan adalah antara isu berlanjutan yang dijangka dibangkitkan pada sidang kemuncak kali ini.

"Saya tak boleh menafikan memang ada perbezaan pendapat dan mungkin juga dari segi bilateral wujud sedikit sebanyak ketegangan, namun secara umumnya ia masih boleh kita kawal dan boleh kita uruskan dalam konteks ASEAN sehingga satu bentuk penyelesaian dicapai," kata Najib.

Najib juga menegaskan Deklarasi Tatalaku yang dipersetujui pada 2002 harus diterjemahkan kepada Kod Tatalaku sebagai panduan semua pihak dalam hubungan harian bagi mengelak pergeseran di kawasan berkenaan.

Namun setakat ini, belum ada permuafakatan berhubung Kod Tatalaku yang harus dipatuhi oleh negara-negara terlibat.

Sebelum ini dilaporkan draf kod tatalaku tersebut antaranya mencadangkan panduan latihan ketenteraan dan cara mengelak kemalangan di perairan itu.

Selain itu, Najib berkata adalah penting usaha penyelesaian berdasarkan undang-undang seperti United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) yang menjadi prinsip penyelesaian apa-apa tuntutan, berasaskan pematuhan undang-undang.

"Mana-mana soal tuntutan wilayah antara dua negara secara bilateral adalah sememangnya kompleks, apatah lagi yang bersifat multilateral melibatkan beberapa negara... Tentu sekali ia menjadi lebih kompleks dan multidimensional," kata perdana menteri.

Tags / Kata Kunci: Asean , Langkawi , Laut China Selatan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan