Kerajaan Jamin Keselamatan Sabah

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat di Sabah akan terus diberi tumpuan meskipun negeri itu masih dalam keadaan terkawal.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mereka tidak akan bersendirian dalam menghadapi sebarang ancaman kerana pelbagai usaha akan dilakukan untuk menjamin keamanan dan keselamatannya.

"Walaupun keadan di Sabah masih terkawal, kita mesti dalam keadaan berhati-hati dan berjaga-jaga. Ini kerana krisis di Selatan Filipina masih berterusan.

Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani 'Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro' pada 27 Mac 2014.

Kumpulan Abu Sayyaf juga masih aktif melakukan jenayah dan penculikan di perairan pantai timur Sabah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam yang ingin tahu langkah yang dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia bagi menjamin keselamatan di timur Sabah berikutan kumpulan bersenjata daripada Selatan Filipina telah membuat kenyataan terbuka menyokong perjuangan serta mengisytiharkan kesetiaan terhadap kumpulan militan IS.

Hishammuddin berkata antara yang dilakukan bagi memastikan keselamatan di Sabah terus terpelihara adalah penempatan skuadron jet pejuang di Pangkalan Tentera Udara Labuan, menaik taraf lapangan terbang di Lahad Datu selain melengkapkan helikopeter dengan senjata.

Beliau berkata kerajaan tidak memandang ringan ancaman-ancaman daripada pelbagai kumpulan militan seperti Abu Sayyaf, Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF), Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan beberapa kumpulan lain yang menyokong perjuangan IS dan turut menggunakan model perjuangan IS.

Menjawab soalan tambahan senator yang sama mengenai sama ada kerajaan  perlu mewujudkan unit khas media sosial bagi memerangi ancaman kumpulan militan IS, Hishammuddin berkata unit itu sememangnya harus diwujudkan.

"Kita antara negara yang telah mengorak langkah ke arah itu bersama rakan-rakan kita (di negara lain) yang memantau keadaan itu dalam landskap media sosial dunia," katanya.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata usul cadangan penubuhan Pasukan Pengaman ASEAN mendapat reaksi positif dalam kalangan negara anggota ASEAN di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Kerjasama itu adalah praktikal dan perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai perlaksanaan dan mekanismenya. Perkara itu akan diangkat untuk perbincangan dalam platform Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) pada tahun depan yang akan berlangsung di Laos," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sabah , Abu Sayyaf

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan