Kewujudan Gereja Tak Menyalahi Undang-Undang - Pegawai Negeri

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Walaupun gereja di lot kedai Taman Medan tidak menyalahi undang-undang, ia mungkin 'tidak mematuhi undang-undang secara teknikal', kata seorang pegawai kerajaan negeri Selangor yang arif dalam selok-belok peraturan majlis tempatan.

Menurut beliau, perintah pembangunan mesti diperolehi sebelum tempat-tempat ibadat boleh dibina di rumah kedai atau bangunan komersial.

"Ini adalah satu prasyarat di bawah undang-undang bangunan itu," kata pegawai itu yang tidak mahu dikenali.

"Ia sama dengan apa yang perlu dilakukan tadika apabila mereka menggunakan harta kediaman untuk menjalankan aktivitinya."

Menurut sumber, kawasan seperti itu wujud kerana undang-undang tidak dilaksanakan dengan tegas dan tindakan kerana tidak mematuhi peraturan hanya diambil apabila terdapat aduan.

Walau bagaimanapun, beliau menambah, majlis-majlis tempatan perlu terlebih dahulu memberitahu kerajaan negeri sebelum mengambil sesuatu tindakan terhadap tempat-tempat ibadat.

Sebagai contoh, majlis-majlis tempatan perlu mendapat kelulusan Exco dan Jawatankuasa Negeri mengenai Hal Ehwal Bukan Islam sebelum memulakan sesuatu tindakan terhadap tempat-tempat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya, Muhammad Azli Miswan juga bersetuju dengan berkata setiap gereja di rumah kedai dan premis komersial tidak memerlukan lesen atau permit kerana ia bukan perniagaan.

Bagaimanapun, beliau berkata adalah wajib bagi mereka untuk memohon kebenaran merancang serta mengemukakan pelan bangunan sebelum memulakan operasi.

"Kebenaran perancangan akan meliputi penukaran tempat dari premis perniagaan kepada tempat ibadat manakala pelan bangunan akan memberitahu kepada kami tentang pengubahsuaian yang dibuat," kata Muhammad Azli ketika dihubungi.

Beliau berkata pemohon juga perlu mematuhi syarat-syarat tertentu sebelum kebenaran merancang diberikan dan pelan bangunan diluluskan.

Secara keseluruhannya, Selangor telah mempunyai sejarah memberikan kelulusan untuk menukar status tanah komersial dan industri kepada gereja.

Buat masa ini terdapat kekeliruan tentang status gereja Taman Medan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkata ia adalah menyalahi undang-undang, manakala Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal bukan Islam negeri, Elizabeth Wong berkata sebaliknya.

Ketua komunikasi korporat Majlis Perbandaran Klang Norfiza Mahfiz berkata tempat-tempat ibadat tidak perlu mendapatkan kebenaran sebelum meletakkan simbol seperti salib.

"Ia bukan perniagaan, jadi mereka tidak perlu mendapatkan permit, sama seperti bagaimana simbol bulan sabit dan bintang dalam masjid yang tidak memerlukan apa-apa persetujuan rasmi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan