Asean Akan Main Peranan Penting Dalam Ekonomi Dunia - Najib

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ASEAN, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah US$4 trilion menjelang 2020, akan memain peranan yang lebih ketara dalam ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerjasama dan integrasi ASEAN bakal menyaksikan ekonomi bernilai US$2.5 trilion setahun serta perbelanjaan US$7 trilion ke atas infrastruktur, seperti yang diunjurkan pada Sidang Kemuncak CEO ASEAN Cap 10 Februari lepas.

"Angka ini sangat menakjubkan dan ia menunjukkan sejauh mana kita mampu capai untuk rantau ini," kata Perdana Menteri dalam ucaptama pada persidangan pelabur institusi, Invest Malaysia 2015, di sini, Khamis.

Najib berkata 2015 merupakan tahun bersejarah untuk ASEAN, dengan kesemua negara anggota mengisytiharkan penubuhan Komuniti Ekonomi, wawasan untuk kemajuan bersama ASEAN sebagai sebuah rantau.

"Memang tepat untuk Malaysia mengetuai, dan kita sudah membuktikan kepimpinan kita," katanya.

Najib berkata sudah terdapat banyak multinasional ASEAN yang dibangunkan sendiri di Malaysia berbanding negara lain di rantau ini, dan berkata tiga daripada 10 bank pelaburan terkemuka ASEAN, menjadikan Malaysia sebagai pusat mereka.

Beliau berkata Bursa Malaysia juga merupakan pemacu utama dan pengasas Bursa ASEAN, usaha sama antara tujuh bursa saham yang mempromosi dan meningkatkan serta mengharmonikan kemasukan modal rentas sempadan ke rantau ini.

Mengenai halangan perdagangan dan tarif, Najib berkata sudah menjadi matlamat ASEAN untuk memastikan bidang kerjasama bukan tarif kekal kompetitif dan pasaran mencatat eksport yang lebih tinggi.

Dalam negara, Najib berkata kerajaan komited memastikan Malaysia kekal sebagai pasaran paling terbuka dan telus bagi pelabur ASEAN dan antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Asean , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan