Akta Hasutan Cukup Untuk 'Ajar' Alvin Tan

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

YAN: Penguatkuasaan Akta Hasutan 1948 sudah mencukupi untuk dikenakan terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang sekali lagi menghina agama Islam dengan mempersendakan azan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mahkamah Syariah bertanggungjawab terhadap isu mengenai agama Islam, namun tindakan yang boleh diambil adalah berdasarkan majlis agama Islam negeri masing-masing.

"JAKIM hanya sebagai urusetia agama sahaja.. tapi sekiranya dia (perbuatan menghina Islam) dilakukan oleh bukan Islam, maka Mahkamah Syariah tidak ada capaian bidang kuasa tersebut, namun kita melihat ada bidang-bidang kuasa yang dimiliki oleh pihak-pihak berwajib di negara kita.

Tak kira apa agama dia tak boleh menghina, Akta Hasutan sudah cukup untuk mengikat sebenarnya (Alvin Tan), sebab kita nak melihat negara kita ini aman tenteram dan dihormati dan tidak timbul kontroversi dan sensitiviti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Jerai di sini.

Laporan sebuah akhbar hari ini memetik tiga mufti berpendapat sudah tiba masanya undang-undang Islam di Malaysia dipinda, dikemas kini dan turut terpakai untuk orang bukan Islam yang dituduh melakukan kesalahan melibatkan kesucian agama itu.

Justeru, mufti berkenaan berpendapat Tan patut dikenakan tindakan tegas kerana sengaja memuat naik rakaman video ke laman YouTube yang menunjukkannya dia mengalunkan azan dalam rentak R and B sambil bermain keyboard.

Bagaimanapun kata Jamil, semua pandangan tersebut diambil kira untuk ketenteraman dan kestabilan negara ini.

Jamil berkata, perbuatan Tan boleh menyebabkan rakyat berada dalam keadaaan sensitif, iaitu saling mencurigai antara agama di negara ini, sedangkan ia hanya dilakukan oleh seorang sahaja dan berada di luar negara.

"Ramai rakyat Malaysia yang tidak beranggapan begitu (menghina agama), jadi kerana perbuatan itu mungkin akan menyebabkan kita saling mencurigai kerana berbeza agama sedangkan itu (pelakunya) bukan ramai, hanya seorang daripada kelompok, itu pun duduk luar negara," katanya.

Tan kini berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik untuk mengelak daripada dibicarakan atas dakwaan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan.

Tags / Kata Kunci: Alvin Tan , Hina Azan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan