Tujuh Peserta Perdengar Bacaan Hari Kedua Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 12:08 AM

Qariah Munirah Kasim dari negeri Kelantan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran pada Majlis TIlawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58 yang diadakan di Pusat Islam Wilayah Persekutuan, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 hari kedua membuka tirainya dengan tujuh peserta memperdengarkan bacaan masing-masing di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, Selasa malam.

Peserta pertama yang memperdengarkan bacaan ialah Hamim Mohd Shahib dari Sarawak dengan membaca surah al-Imran ayat 169 diikuti oleh Munirah Kasim dari Kelantan dengan membaca surah al-Maidah ayat 48.

Bacaan kemudian diteruskan dengan peserta dari Johor, Muhamad Muslim Ali dengan bacaan surah Al Hajj ayat 38 dan Norliza Tajuddin dari Negeri Sembilan membaca surah Maryam ayat 59.

Peserta lain yang mengambil bahagian ialah Khalil Khusairi Zainol dari Perlis (al-Baqarah ayat 115), Nor Ruzana Natiah Jaafar dari Selangor (al-Nisa ayat 58) dan Mumammad Sidiq Mohd Rosli dari Pulau Pinang (al-Baqarah ayat 153).

Majlis tilawah yang berlangsung selama enam hari bermula semalam itu menghimpunkan 28 peserta terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah dari setiap negeri.

Johan qari dan qariah peringkat kebangsaan bakal menerima wang tunai berjumlah RM30,000; sebuah kereta Proton Preve, piala pusingan dan piala iringan serta pakej menunaikan fardhu haji.

Naib johan pula akan menerima wang tunai RM20,000 manakala tempat ketiga RM15,000 selain RM4,500 saguhati kepada setiap peserta.

Selain itu, johan qari dan qariah peringkat kebangsaan ini akan mewakili Malaysia ke Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada 9 hingga 14 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. -- Bernama



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan