2015 Tahun Bersejarah Bagi Asean

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: 2015 akan menjadi tahun bersejarah bagi ASEAN dan juga Malaysia selaku pengerusi perkumpulan itu, tatkala dunia akan menyaksikan pewujudan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun.

"Semua tumpuan akan terarah kepada Malaysia apabila kiraan detik bagi ASEAN bersepadu itu bermula," menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu yang dikeluarkan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN pada 26-27 April di Kuala Lumpur dan Langkawi, menyatakan ini merupakan peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan profilnya dalam kalangan komuniti antarabangsa.

Menurutnya mesyuarat yang akan turut berlangsung di Langkawi bukan sahaja dapat menyemarakkan industri pelancongan di pulau itu tetapi juga merupakan venue sesuai bagi penganjuran mesyuarat dan persidangan antarabangsa.

Selain sidang kemuncak diadakan di Kuala Lumpur dan Langkawi, Malaysia turut memilih beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Sabah dan Sarawak sebagai venue bagi pelbagai mesyuarat ASEAN pada tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Asean , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan