PRK Rompin: Calon Bebas Ditolak Kerana Gagal Kemuka Laporan Perbelanjaan

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa permohonan Mohd Shukri Mohd Ramli untuk bertanding sebagai calon Bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ditolak kerana beliau gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan rayanya sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya yang menetapkan laporan perbelanjaan perlu dikemukakan sebulan selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

"Kita minta laporan yang diperlukan selain resit untuk merekod perbelanjaan calon. Ia amat mudah tetapi ada calon yang tidak hantar laporan tersebut,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon bertanding pada PRK Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata kegagalan tersebut menyebabkan seseorang individu tidak dibenarkan bertanding dalam tempoh lima tahun.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohd Shukri bahawa beliau dihubungi kakitangan SPR malam Selasa, Abdul Aziz hanya berkata; "dia (Mohd Shukri) boleh kata apa sahaja."

Terdahulu, Mohd Shukri mempertikai tindakan pegawai SPR yang menghubunginya malam Selasa untuk memaklumkan supaya tidak menghantar borang pencalonan.

"Pihak SPR hubungi saya malam tadi untuk minta jangan hantar borang. Apa undang-undang macam ni?

"Saya tahu saya calon bebas. Saya tak puas hati kerana kakitangan SPR hubungi saya minta jangan datang hari ini (Rabu) tapi saya datang juga," dakwanya yang ditemui pemberita sambil mengoyakkan borang pencalonannya.

Mohd Shukri, 44, pernah bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kemayan mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan sebagai calon bebas di DUN Semambu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Bagaimanapun, bekas ahli PKR itu tewas di kedua-dua PRU berkenaan.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , SPR , BN , PAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan