PRK Rompin: Pusat Penamaan Calon Dibuka

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini mula dibuka 9 pagi Rabu.

Proses penyerahan kertas penamaan calon dijangka ditutup sejam selepas itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Parlimen Rompin adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,924 pemilih berdaftar membabitkan 52, 744 adalah pemilih biasa; 545 pemilih awal dan lima pengundi tidak hadir luar negara akan menjalankan tanggungjawab mereka.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Datuk Hasan Arifin, 62, yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin sebagai calonnya.

PAS pula menamakan Ketua Pemuda PAS Pahang Nizam Ahmad, 40, sebagai wakil parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Mei ini sebagai hari pengundian.

Seorang calon bebas Mohd Shukri Mohd Ramli dijangka akan turut bertanding berikutan pendedahannya menerusi laman blog cucumatkilau.

Tags / Kata Kunci: Rompin , PAS , BN

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan