Dua Pelajar MRSM Terendak Rangkul Emas Pertandingan Reka Cipta Di Geneva

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 8:36 PM

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka Muhd Danial Zohairen (kiri) dan Nur Anissa Yasmin Yasri (kanan) menunjukkan pingat emas yang mereka menangi di Salon International Des Inventions sebaik tiba selamat tiba di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu.
Kepulangan mereka bersama guru pengiring Wan Rohila Wan Hassan (dua kanan) disambut oleh Pengarah Bahagian Pendidikan MARA Abdul Hamid Ahmad (tiga kanan)

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak, Melaka mencipta kejutan apabila berjaya merangkul pingat emas pertandingan reka cipta di International Exhibition Inventions of Geneva 2015 di Switzerland.

Kemenangan itu diraih pelajar tingkatan lima, Muhamad Danial Zohairen dan Nur Anissa Yasmin Yasri apabila ciptaan mereka 'Shereco Tiles' berjaya mengetepikan cabaran 700 peserta lain yang bertanding dalam pertandingan yang berlangsung pada 15 hingga 19 April lepas.

Bersyukur atas kejayaan itu, Muhamad Danial berkata beliau berharap kejayaan ciptaan jubin menggunakan sepenuhnya bahan buangan iaitu sabut kelapa, botol plastik dan kulit kerang itu, mampu memberi motivasi kepada pelajar dan pelajar  seusianya meneroka dan mencipta sesuatu berasaskan inovasi dan teknologi.

Bercakap kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi penerbangan dari Amsterdam, Belanda hari ini, pelajar berasal dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu berkata ramai yang berkemampuan untuk mencipta kejayaan serupa sekiranya sedia mencabar kreativiti untuk mencipta sesuatu inovasi.

Ketibaan beliau dan Nur Anissa Yasmin yang diiringi guru pembimbing, Wan Rohila Wan Hassan disambut Pengetua Maktab Roslan Yussof, beberapa orang guru serta ibu bapa.

Dalam pada itu, Nur Anissa Yasmin berkata bagi menambah kualiti pada ciptaan yang dimulakan mereka sejak di tingkatan empat, beliau dan rakannya mengambil pelbagai inisiatif termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bagi memastikan apa yang diilham dapat direalisasikan.

"Usaha kami selama setahun kini berhasil. Sebenarnya, kami bermula dengan kegagalan, namun dengan usaha, semangat dan bimbingan guru pembimbing kami berjaya menewaskan 700 peserta lain di pameran antarabangsa itu," katanya.

Bagi Wan Rohila, pelajarnya mengambil masa setahun untuk menjalankan kajian dan menghasilkan 'Shereco Tiles' yang sangat mesra alam kerana diperbuat daripada bahan buangan, selain tidak mudah terbakar.

"Produk ini kukuh dan sesuai digunakan untuk pembangunan, kami juga telah membuat perbincangan untuk mempatenkan produk ini," katanya, sambil menambah beberapa firma antarabangsa telah menujukkan minat untuk membeli dan mempromosikan produk itu.

Sementara itu, Roslan berkata kejayaan pelajar MRSM Terendak merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa itu diharap dapat meningkatkan lagi nama baik MRSM dan dijadikan contoh oleh pelajar dan golongan muda yang lain.

"Alhamdulillah usaha pelajar membuat kajian dan menghasilkan produk melalui bahan buangan membuahkan hasil yang amat membanggakan sebab mereka bertanding secara terbuka, bukan hanya dalam kalangan pelajar," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MRSM , Geneva , Nur Anissa Yasmin Yasri

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan