PRK Rompin: Isu Tanah, GST, Felda Jadi 'Peluru' PAS 'Tembak' BN

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 12:54 PM

Calon PAS Nazri Ahmad ketika hadir pada proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin P091 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Rabu. kelihatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (dua kiri) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kanan).

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Walaupun menyedari Parlimen Rompin merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun PAS optimis calonnya Nazri Ahmad mampu membawa kemenangan kepada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata, keyakinan itu berdasarkan respons rakyat di kawasan tersebut yang kecewa tentang pelbagai isu antaranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tanah.

"Sekiranya rakyat mahukan perubahan, kita boleh menang di Rompin, tidak mustahil," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penamaan calon PRK Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata PAS akan menggunakan beberapa isu seperti kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST, penurunan harga getah dan kelapa sawit serta saham Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk meraih undi daripada rakyat supaya dapat melakukan perubahan.

"Kita akan guna isu-isu ini dalam strategi kempen untuk memenangkan calon PAS," katanya.

Jelas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, walaupun hubungan DAP dan PAS masih tegang ketika ini, beliau yakin pengundi Cina akan menyokong calon parti itu.

"Orang Cina akan mengundi PAS kerana mereka marah dengan GST. Dalam media sahaja cakap macam-macam tapi apabila lawan BN mereka akan undi kami," katanya.

Sementara itu, Nazri yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang turut merayu kepada pengundi agar membuat satu perubahan  besar di Rompin dengan mengundi PAS.

"Dengan undi PAS, ia satu isyarat kepada kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara tetapi mereka perlu mengambil berat nasib rakyat," kata bapa kepada enam anak itu.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , PAS , DAP , BN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan