PRK Rompin: Jangan Ambil Mudah Walaupun Kubu Kuat - Berita Semasa | mStar

PRK Rompin: Jangan Ambil Mudah Walaupun Kubu Kuat

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekaligus menambah jumlah majoriti.

"Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.

"Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Rabu

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , BN , PAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan