Hadi Dakwa Bekas PM Minta PAS Luluskan Hudud Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 5:33 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa selepas kemenangan besar parti Islam itu di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, perdana menteri ketika itu kemudiannya meminta PAS supaya meluluskan undang-undang hudud dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Selepas kita menang pilihan raya 1990 di Kelantan, perdana menteri ketika itu... saya tidak mahu sebut nama dia, minta kita untuk meluluskan undang-undang hudud dalam sidang DUN.

"Sebaik sahaja diberitahu mengenai perkara itu, kita menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkajinya dan dan menetapkan undang-undang.

"Sebelum kita bawa ke dalam sidang DUN, kita mengadakan seminar-seminar untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai undang-undang itu. Parti-parti politik, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam dan luar negara menghadiri seminar tersebut," katanya dalam sesi dialog yang dianjurkan Sinar Harian di sini, Rabu.

PAS, yang bersama dengan pakatan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990, memperoleh kesemua 39 undi kerusi DUN pada pilihan raya itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri ketika itu.

Pada 19 Mac lalu, sidang DUN Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun JenayahSyariah 11 1993 (Pindaan 2015) bagi memberi laluan untuk pelaksanaan hudud.

Abdul Hadi kemudiannya memfailkan permohonan rang undang-undang persendirian di Parlimen tetapi ia tidak dibincangkan sehingga sidang Dewan Rakyat berakhir, baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan