Najib: Paras Fiskal Kukuh, Mapan

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 8:29 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata paras fiskal negara kukuh dan mapan susulan peningkatan hasil cukai dan penurunan secara beransur-ansur defisit bajet.

Beliau berkata, hasil cukai kerajaan akan terus mengukuh dengan kira-kira RM183.37 bilion dijangka dikutip tahun ini, peningkatan daripada RM171.77 bilion pada 2014.

Daripada jumlah itu, RM135.64 bilion akan diterima daripada cukai langsung manakala baki RM47.73 bilion daripada cukai tidak langsung, kata Najib dalam  entri terbaharu di akaun Twitternya, Rabu.

Dalam entri beliau, yang juga menunjukkan carta kutipan cukai yang bersumberkan daripada Kementerian Kewangan, dinyatakan bahawa kutipan cukai meningkat 9.24 peratus tahun ke tahun antara 2010 dan 2013.

Najib, yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Malaysia berada di landasan untuk mencapai bajet berimbang menjelang 2020 manakala sasaran defisit kekal pada 3.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar bagi 2015.

Pada Januari, kerajaan menyemak semula sasaran defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada tiga peratus memandangkan penurunan harga minyak mentah dan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , fiskal , bajet

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan