Cuepacs Cadang KWSP Tawar Bonus, Henti Undian Kaji Selidik

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 6:03 PM

Azih Muda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran memperkenalkan sistem bonus kepada pencarum, jika bercadang menaikkan had umur pengeluaran kepada 60 tahun.

Pada masa sama, kesatuan itu juga meminta supaya sistem undian yang dibuka kepada pencarum untuk membuat pilihan pengeluaran itu dihentikan.

Perkara itu disampaikan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, saranan supaya KWSP memperkenalkan sistem bonus dan menghentikan undian itu dibuat kerana Cuepacs tidak bersetuju dengan cadangan pengeluaran caruman pada umur 60 tahun.

Katanya, isu had umur pengeluaran wang caruman pekerja tidak sepatutnya timbul kerana setiap pencarum telah bersetuju dengan had umur 55 tahun yang ditetapkan sebelum ini.

“Pada kami, pengeluaran ketika umur 55 atau 60 tahun ini tak patut dijadikan isu bukan sahaja oleh pengurusan KWSP atau mana-mana pihak pun. Kita nak supaya pengeluaran ini terus kekal pada umur 55.

“Kalau KWSP benar-benar menjaga pencarum, kita minta mereka memperkenalkan bonus kepada pencarum, selain daripada dividen keuntungan pelaburan dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Wisma Cuepacs di sini, Rabu.

Menurut Azih, pemberian bonus kepada pencarum KWSP selama 25 tahun misalnya, boleh dianggap sebagai mengenang jasa pencarum hingga membolehkan KWSP mempunyai dana mencecah RM660 bilion.

“Mereka boleh isytihar bonus kepada pencarum yang sudah menyimpan dalam tempoh 25 tahun, ini akan menggembirakan penyimpan daripada (cadangan) kalau nak banyak (duit) simpan sampai umur 100 tahun.

“Orang muda yang umurnya di bawah 40 tahun, pada usia 55 tahun mereka ada komitmen seperti pembiayaan rumah, tunaikan Haji, jaga kesihatan, pendidikan anak-anak, dan jika tak ada sumber lain tentu sekali wang KWSP adalah sumbernya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sistem undian yang memberi opsyen kepada pencarum memilih tempoh had pengeluaran dan tawaran bayaran dividen sehingga umur 100 tahun, beliau berkata: "Kita minta KWSP tutup sistem itu."

Beliau berkata, KWSP sepatutnya berunding untuk mencari penyelesaian dan jika gagal, sewajarnya ditubuhkan Majlis Perundingan Bersama antara pekerja, majikan dan pengurusan KWSP.

Tambahnya lagi, sistem undian yang dijalankan pihak pengurusan KWSP tanpa persetujuan ahli lembaga boleh menjadi ‘perangkap’ kepada pencarum, terutama di kalangan golongan muda.

“Akan ada orang yang tersilap pilih opsyen dan ketika menyedarinya mereka tidak lagi boleh membuat perubahan.

“Kita bimbang pilihan masa ini tak sama dengan pilihan masa tua, memang tak sama zaman muda dan tua, keperluan tak sama,” katanya.

KWSP baru-baru ini menggalakkan semua ahlinya untuk memberi maklum balas berhubung empat pilihan penambahbaikan terhadap skim sedia ada yang perlu dikemukakan dalam masa dua minggu.

Empat inisiatif itu adalah memberi pilihan terhadap penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum yang ditetapkan kerajaan dan tiada perubahan  terhadap pengeluaran pra-persaraan dan penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan gaji minimum yang ditetapkan mengikut undang-undang berkaitan.

Seterusnya, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada dan ia boleh ditukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila diperkenalkan kelak.

Tags / Kata Kunci: KWSP , Cuepacs , Azih Muda , bonus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan