PRK Rompin: Blogger Kecewa SPR Minta Tidak Hantar Borang

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pemilik blog Cucumatkilau, Mohd Shukri Mohd Ramli, 44, kecewa apabila hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas tidak kesampaian kerana borang pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohd Shukri mendakwa SPR memberikan alasan permohonan itu ditolak kerana telah berkempen awal sebelum tempoh calon dibenarkan berbuat demikian.

"Pegawai SPR kata antara kesalahan saya berkempen sebelum pilihan raya. Itu hak saya, saya blogger. Saya bukan ada kekuatan apa-apa. Apa keadilan untuk saya? Pencadang dan penyokong saya dah jadi tawar hati," katanya.

Malah, beliau turut mempertikaikan tindakan pegawai SPR yang menghubunginya malam tadi untuk memaklumkan supaya tidak menghantar borang pencalonan.

"Pihak SPR hubungi saya malam tadi untuk minta jangan hantar borang. Apa undang-undang macam ni?

"Saya tahu saya calon bebas. Saya tak puas hati kerana kakitangan SPR hubungi saya minta saya jangan datang hari ini (Rabu) tapi saya datang juga," kata Mohd Shukri yang ditemui pemberita sambil mengoyakkan borang pencalonannya.

Mohd Shukri yang pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), berkata SPR sepatutnya membenarkan beliau menghantar borang pencalonan dan mengumumkan borang tersebut ditolak pada hari ini (Rabu).

"Bagilah saya hantar borang... anda nak tolak saya punya borang kerana ada kesalahan, anda boleh umumkan borang saya ditolak. Tapi bukannya dengan hubungi saya pada waktu malam," katanya.

Terdahulu SPR hanya menerima dua borang pencalonan masing-masing dari calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

mStar Online difahamkan borang pencalonan Mohd Shukri ditolak kerana beliau tidak membawa pencadang dan penyokong.

Tags / Kata Kunci: SPR , PRK Rompin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan