Kes Bantahan Salib Bukti Akta Hasutan Wajar Dikekal - Nancy

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 5:38 PM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata, akta tersebut dapat menjadi perisai untuk mempertahan dan mengekal keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.

"Ia juga isyarat jelas kepada pembangkang bahawa ia (akta) bukan senjata kerajaan kepada mereka. Ini kerana saya difahamkan, ada juga penyokong kerajaan (bantah)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan tersebut dan jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.

Sementara itu Nancy berkata, daripada sudut undang-undang, Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah, namun terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukannya. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan mengikut perasaan terhadap perkara yang tidak disenangi mereka.

"Hal (ketidakpuasan hati) ini, boleh disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan atau membuat laporan polis, bukan dengan sewenang-wenangnya menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terutamanya membabitkan sensitiviti kaum," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan , salib , Nancy Shukri

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan