PRK: Veteran Umno Susun Strategi "Keluargaku Pengundi BN"

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 4:31 PM

Mustapha Yaakub

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Veteran Umno Malaysia mengembleng strategi dengan slogan "Keluargaku Pengundi BN" bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang dan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan berpaksikan slogan itu, veteran Umno akan memastikan setiap anggotanya dapat menjamin bahawa isteri/suami, anak atau menantu mengundi calon BN dalam kedua-dua PRK itu.

Katanya, veteran Umno Malaysia mempunyai lebih 5,500 anggota di Rompin dan lebih 4,000 anggota di Permatang Pauh.

"Mereka adalah pengundi tegar BN dan veteran akan memastikan setiap anggota akan keluar mengundi calon BN," katanya kepada Bernama, Selasa.

Mustapha berkata, gerak kerja yang disusun oleh organisasi itu bersesuaian dengan peranan veteran yang terdiri daripada anggota dan pengundi yang berumur 60 tahun ke atas.

Katanya, veteran Umno yakin BN akan menang mudah dalam PRK Rompin selain mempunyai harapan merampas kerusi Permatang Pauh jika semua pihak bekerjasama.

Mustapha yang tidak menolak kemungkinan pembangkang akan menggunakan pelbagai isu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebagai modal meraih sokongan, yakin BN juga bersedia untuk memperjelaskan isu berbangkit melalui ceramah dan kempen yang akan dijalankan.

"Pembangkang juga tidak mempunyai jalan mudah kerana mereka berdepan dengan masalah dalaman," katanya.

PRK Rompin akan diadakan pada 5 Mei selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 10 April lalu.

PRK Permatang Pauh pula pada 7 Mei ini dan perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.-- Bernama 


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan