KPN: Saya Tak Takut Jika Abang Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat setiap laporan secara adil berhubung protes turunkan salib di luar gereja di Taman Medan baru-baru ini, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Ketua Polis Negara itu, tindakan akan diambil tanpa mengira sesiapa termasuk jika abangnya terbabit melakukan kesalahan.

"Saya tidak bimbang jika tindakan diambil terhadap abang saya sekiranya dia telah melakukan apa-apa kesalahan.

"Saya tidak pernah mengganggu siasatan dan saya tidak akan berbuat demikian. Sentimen persaudaraan tidak akan mempengaruhi saya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Selain itu Khalid juga merayu kepada setiap pihak supaya membangkitkan isu Taman Medan kerana ia melibatkan agama.

"Ia tidak akan memberi faedah kepada sesiapa jika kita terus berbicara mengenai perkara itu.

"Isu ini seolah-olah diselesaikan dan saya menyeru semua pihak, termasuk portal berita dalam talian tidak membangkitkan isu itu lagi," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

"Serahkan kepada majlis tempatan, kerajaan negeri dan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Saya bimbang jika isu ini berpanjangan, maka ia mungkin membawa kepada kejadian yang tidak diingini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan