Mohon Maaf Atau Hilang Sokongan, PAS Beri Kata Dua Kepada PKR

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: PAS Bahagian Permatang Pauh kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sekiranya pemimpin parti sekutunya tidak memohon maaf kepada PAS sehingga hari penamaan calon pada 25 April ini.

Perkara itu dibuat walaupun selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengisytiharkan gerakan itu sebagai terbatal dan tidak sah.

Terdahulu, beliau berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada calon Pakatan Rakyat.

Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, langkah itu dibuat selepas mendapatkan undian kira-kira 400 ahli daripada 30 cawangan semasa mesyuarat agung tahunan ke-38 pada Ahad lalu.

"Kita masih dengan pendirian kita. Kita akan tunggu dan lihat jika mereka akan minta maaf," kata Omar pada Isnin.

Keputusan itu menyaksikan PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka, atau parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan PKR.

PKR sebelum ini mengisytiharkan tidak akan menyokong langkah kerajaan Kelantan mengenai rang undang-undang hudud yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Mei lalu.

Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menggesa supaya ahli parti mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa itu.

"Saya gesa ahli PAS supaya mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa pusat, bukan bahagian," katanya yang terkejut dengan pendirian Omar yang sebelum ini menyokong keputusan jawatankuasa pusat dalam mesyuarat baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: PAS , Permatang Pauh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan