Nepal Beri Komitmen Bantu Cari Pendaki Malaysia - Wisma Putra

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa Nepal berjanji akan memberi kerjasama dan sokongan penuh terhadap usaha mengesan rakyat Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang hilang ketika mendaki gunung di negara itu pada 5 April.

Dalam kenyataan pada Selasa, Wisma Putra berkata, Kementerian Luar Malaysia dan kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa negara itu untuk membantu operasi mencari dan menyelamat Lee sejak dia dilaporkan hilang.

"Kementerian ini ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada Kerajaan Nepal kerana membantu dalam operasi mencari dan menyelamat," kata kenyataan itu.

Ketika kejadian, Lee, 47, dan lapan rakannya dari Filipina mendaki litar Annapurna di Nepal.

Kumpulan itu hanya menyedari kehilangan Lee ketika berada di Khopra Danda Track di kawasan Ghorepani pada hari pertama pendakian mereka.

Menurut kenyataan itu, keluarga Lee menawarkan ganjaran 500,000 Rupee Nepal (kira-kira RM18,000) kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga terjumpanya pendaki berkenaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Dennis Lee Thian Poh , Nepal , Wisma Putra

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan